Blogger Backgrounds

PENGENALAN


Sejarah Penubuhan SKBBKS dan Latar Belakang

SK Bandar Baru Kuala Selangor (SKBBKS) mula ditubuhkan pada tanggal 1 Julai 1995. Sekolah ini ditubuhkan kerana pertambahan penduduk di kawasan perumahan Bandar Baru Kuala Selangor.

Mesyuarat pertama bagi penubuhan sekolah ini telah diadakan pada 29 Jun 1995. Guru-gurunya terdiri daripada 28 orang dari SK Tanjung Keramat dan seorang daripada SK Jalan Raja Musa. Manakala, guru besarnya dari SK Assam Jawa, Pn Putri Bt Ismail, Penolong Kanan Kurikulum Tn Hj Mohammad Azhar b Hj Alias dari SK Parit Mahang, Penolong Kanan HEM Pn Sohana Bt Ismail dari SK Sg Terap dan Penolong Kanan Kokurikulum Allahyarham En Ariffin bin Hashim dari SK Tg Keramat.

Pelajar SK Bandar Baru Kuala Selangor ketika itu adalah pelajar-pelajar Tahun 5 yang bersekolah di SK Tg Keramat yang tinggal di persekitaran SK Bandar Baru Kuala Selangor. Pelajar-pelajar yang dipindahkan berjumlah 600 orang dan mula bersekolah di sekolah ini pada tanggal 3 Julai 1995.

Permulaan sesi persekolahan hanya satu sesi. Bangunan asal sekolah ini hanya mempunyai 3 bangunan 3 tingkat. Bilangan bilik darjah ialah 18. Kelas bagi satu-satu tahun ada 2 atau 3 kelas. Struktur asal sekolah ini mempunyai kemudahan bilik yang lengkap termasuk adanya bilik gymnasium, bilik mesyuarat, bilik perkembangan staf, bilik muzik, bilik pengawas dan sebagainya.

Pada tahun 1996, sekolah ini menghadapi peperiksaan UPSR buat pertama kali selepas penubuhannya. Keputusan yang diperolehi amat membanggakan iaitu 72.2% dan bilangan pelajar 5A seramai 24 orang. Kemasukan pelajar pada tahun berikutnya semakin bertambah sehingga sekolah terpaksa mengadakan 2 sesi persekolahan. Bilangan kelas pada satu-satu tahun meningkat kepada 5 kelas. Bilik-bilik yang sedia ada terpaksa diubah suai untuk menampung kelas yang bertambah iaitu 29 kelas.

Sekolah ini mula dikenali bukan sahaja daripada kurikulum malah dalam bidang kokurikulum juga. Penglibatan pelajar dalam kokurikulum membanggakan sehingga ke peringkat kebangsaan. Kejayaan terus diperolehi dari tahun ke tahun sehingga ke hari ini.

            Pentadbiran juga mengalami perubahan. Guru Besar pertama ialah Puan Puteri Binti Ismail, telah menamatkan perkhidmatan (bersara) pada 4 Januari 2001. SKBBKS kemudian menerima Guru Besar baru iaiti En Mohd Arop Bin Abu Bakar pada 16 Januari 2001 dan berkhidmat sehingga 15 Januari 2009. Pada tarikh 16 Februari 2009, Tn Hj Mohamed Shamsuri Bin Abd Ghani pula mengambil alih pentadbiran sehingga 29 Februari 2011. Tn Hj Mohamed Shamsuri telah bertukar ke Jabatan Pelajaran Selangor pada 1 Mac 2011. Pada penghujung April 2011, SKBBKS amat berbesar hati kerana telah menerima seorang Guru Besar baru iaitu Tn Hj Sabar Bin Ponin.

 PK Kurikulum yang pertama ialah Tn Hj Mohd Azhar bin Hj Alias. Beliau  berkhidmat sehingga 28 Februari 2000 kerana melanjutkan pelajaran. Tempat beliau telah diganti oleh PK yang baru iaitu En Shafawi Bin Sabilan  pada 1 Mac 2000. Perkhidmatan beliau berakhir pada pertengahan Februari 2003 kerana kenaikan pangkat sebagai Guru Besar di SK Sg Tegar, Sabak Bernam. Kekosongan jawatan ini diisi oleh Puan Mainah Binti Pardi @ Abd Aziz pada 16 Ogos 2006 hingga kini.

PK HEM yang pertama ialah Pn Sohana Binti Ismail. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini sehingga 28 Januari 1998. Beliau telah bertukar ke SAAS Kg Kuantan kerana kenaikan pangkat. Jawatan ini telah diisi oleh PK HEM yang baru iaitu Pn Hjh Zaharah Bt Che Cob pada 1 Mac 1998. Beliau telah menamatkan perkhidmatannya sebagai PK HEM di sekolah ini pada 31 Oktober 2003 kerana dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar SK Bukit Belimbing. Kemudian, jawatan ini telah diisi oleh Pn Hjh Mainah Binti Abd Aziz yang mula bertugas di sekolah ini pada 10 Disember 2004 sehingga Mei 2006. Pada 16 Ogos 2006, Pn Faridah Bt Abd Halim mengambil alih sebagai HEM yang baru sehingga 1 Mac 2009. Tempat beliau diganti oleh Pn Zaini Bt Khalid pada 1 April 2009 sehingga 12 Mac 2010 kerana bertukar ke PPD Kuala Selangor. Manakala, PK HEM SKBBKS yang baru di ganti oleh Pn Hjh Siti Norliah Binti Hamdum pada 1 April 2010 hingga kini.

Seterusnya, PK Ko-Kurikulum yang pertama ialah allahyarham En. Ariffin B. Hashim sehingga 30.06.1997 kerana allahyarham ketika itu ‘dipinjamkan’ oleh PPD. Kekosongan jawatan ini diisi dengan perlantikan dalaman sementara iaitu En. Abd. Rahman B. Mohd. Pada 01.03.1998  Pn. Noraini Bt. Kasan telah mula perkhidmatannya sebagai PK KoKurikulum di sekolah ini sehingga beliau bersara pada 11.01.2003. Tempat beliau telah  diisi oleh Pn.  Hjh. Fatimah Bt. Mohd Yusof dari 01.03.2003 sehingga beliau bertukar ke SK. Assam Jawa pada 15.05.2004. Tanggal 16.05.2004, PK KoKurikulum baru telah mula berkhidmat,  iaitu Pn. Faridah Bt. Abd. Halim, sehingga November 2006. Selepas itu jawatan ini telah diisi oleh En. Tamami B. Hasim pada 11 November 2006  sehingga  beliau berpindah ke SK Assam Jawa pada 28 Februari 2010 dan diganti oleh En. Azron bin Suradi dari SK Kuala Selangor sehingga kini.

              Pada tahun 2000,  sekolah ini mula menerima bangunan tambahan iaitu bangunan makmal komputer dua kelas untuk membantu pelajar dan guru-guru mendalami ilmu  ICT. Tahun 2001 pula bangunan 3 tingkat pula diterima untuk menampung pelajar yang semakin ramai. Ketika itu Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan persekolahan satu sesi sahaja di seluruh Malaysia. Oleh itu pihak pentadbiran sekolah ini telah mengambil saranan tersebut.

              Tahun 2003 pelajar-pelajar tahap 2 mula menggunakan bangunan baru yang terletak di bahagian belakang kawasan sekolah. Pada tahun  itu  juga ( 2003 ) sekolah ini menerima  bangunan 4 kelas bersebelahan makmal komputer. Kini bangunan ini digunakan untuk Pendidikan Prasekolah  sepenuh. Pada tahun 2009 , sekolah ini telah menerima sebuah lagi bangunan prasekolah.

                Kemudahan terus diadakan untuk kemudahan warga SKBBKS khususnya pelajar, seperti surau, lanskap , padang yang luas dan bangsal basikal. Begitu juga penggunaan Pusat Sumber yang lebih selesa kerana berhawa dingin. Bilangan pelajar kini melebihi 1000 pelajar dan guru juga  melebihi 70 orang.